Mustang Mama Football Fever Mustang_Mama

Mustang Mama Football Fever ialah siri kartun yang setiap episodnya selama dua minit. Siri ini disiarkan pada slot kanak-kanak dan perantaraan siaran perlawanan bola di ntv7 sewaktu musim Piala Dunia FIFA 2006. Siri ini juga diulang tayang pada akhir tahun 2006/awal tahun 2007.

Mustang Mama Football Fever juga disiarkan di luar Malaysia, misalnya di saluran Cartoon Network di Jepun[1] dan MBC3 di Timur Tengah.[2] Selain itu, satu episod aniamsi ini juga ditayangkan di Pesta Animasi Antarabangsa Tehran 2007.

Senarai episod

#TajukSinopsis
1Kicking SallyHaiwan tidak dibenarkan memasuki stadium bola sepak, maka terpaksalah Sally mencari idea untuk menyelinap masuk ke dalam arena.
2A Shot Of GloryMustang Mama dan Sally melakukan cubaan mencuri Piala Dunia.
3Toby's Foot, BallToby dilatih rahsia-rahsia "foot"ball oleh Mustang Mama, lalu sedia menonjolkan kemaihran bolanya.
4Lila's Sunday ShotWaktu rehat pagi Ahad yang dialami Lila bertukar menjadi mimpi ngeri bola.
5The Sphere SyndromeToby dan Sally ditukar menjadi zombi dan Mustang Mama hendak mencari puncanya.
6Kiss Of GloryCiuman Toby menjelikkan teman gadis, rakan sepasukan bola sepak dan penjaga gol.
7Hot ShotsPancaran kamera Mustang Mama dijadikan senjata utama untuk menentang lawan bola Toby.
8Do's And Knots Of FootballMustang Mama yang pelupa mendapat kaedah baru untuk emngingati kerja hariannya, dengan mngikat benang pada jari-jemarinya.
9"Fan"AticBintang bola sepak kegemaran Mustang Mama tiba di bandar untuk satu perlawanan dan Mama cuba memastikan dirinya dapat menyaksikan bintang itu secara terus.
10Good Old GameMustang Mama sekeluarga bermain bola dalam latar zaman prasejarah.
11Platoon FootballMustang Mama, Toby dan Lila dihantar ke kem asas bola sepak yang diselubungi bom, peluru dan ikan piranha.
12Noisy SupportMustang Mama dan Lila bertarung untuk menguji sokongan siapa yang lebih kuat terhadap Tanaka - bintang yang digemari kedua-dua wanita itu.
13Cracked-Up!Pandangan mata lalat merupakan apa yang diperlukan Mustang Mama untuk menewaskan lawannya.
14Saturday Night LiveMustang Mama kecewa kerana tidak dapat tonton bola di kaca TV. Maka dia akan buat apa sahaja agar tidak terlepas siaran langsung perlawanan hari Sabtu.
15Derby GamePermusuhan antara dua jiran zaman purba, iaitu Mustang Mama dan Lila, menjadi permainan yang kini dikenali sebagai bola sepak.
16Fair PlayMustang Mama ingin sangat sebuah anak patung, yang hanya boleh diperoleh dengan melepasi bola dari penjaga gol yang bersaiz gergasi.
17Made For The KickSally memerlukan sepasang kasut bola sepak agar boleh bermain bersama Mustang Mama dan Toby.
18Goal! EverywhereWalau ke mana sahaja dia pergi, Lila gagal melepaskan dirinya daripada kegilaan bola.
19Sudden DeathMustang Mama akhirnya berpeluang bermain bola dengan lawan yang tidak disangka - malaikat dan iblis.
20Full HouseMustang Mama mesti mendahului ribuan orang lain agar lebih mudah mendapat tiket ke stadium.
21Ground ForceMustang Mama memerlukan sedikit bantuan daripada Sally dan Toby dengan "tendangan pisang"nya untuk menawan hati Tanaka.
22Play OnMustang Mama bermain bola tanpa mengira keadaan cuaca, selebat mana hujan pun gagal mematahkan semangatnya.
23Wishful ThinkingSeekor jin menunaikan tiga hajat Mustang Mama, namun ketiga-tiga hajatnya itu tersalah tafsir oleh jin itu.
24Kicking The HabitMustang Mama gagal mengawal tabiat menonton bolanya, sungguhpun apabila tidur.
25Pet PeevesSeekor koala terlepas dari lori pengangkut ke zoo lalu diambil oleh Mustang Mama sebagai haiwan peliharaan, mengakibatkan Sally menjadi iri hati.
26Keepie UppiesLila “berlumba” dengan Mustang Mama untuk menjadi pemegang rekod “keepie uppies” terbanyak.
27Carried AwayMustang Mama dan Sally ditugaskan untuk membawa pemain yang cedera keluar dari padang, tetapi otak mereka turut melayang ke sana sini.